romantis di sebalik belukar
I’ve been itching to write something in BeeEm for quite some time. This article was written over the course of three weeks, updated it bit by bit whenever I was free enough at work & finally completed it today…
******
Alkisah seorang lelaki yang bergelar Hang Vimana Bin Cicak Kobeng. Rupanya tampan bagaikan Amitabh Bachan dan badannya lasak bagaikan seekor kerbau. Akan tetapi, pada hari yang penuh trajis itu, Hang Vimaya tidaklah nampak seperti itu. Wajahnya nampak gementar, kulitnya disaluti dengan lapisan minyak yang dileleh dari liang romanya yang makin aktif… dan bau badannya hangit macam seekor lipas yang telah berendam di parit. Telah tiga puluh minit Hang Vimana menanti di kawasan rimba tersebut, di bawah terik mentari, tapi orang yang dinantikannya tidaklah sampai juga.
Apakah dia telah dibaham rimau? Ataupun ditangkap dek lanun yang berleluasa di kawasan tersebut? Mindanya mula dibanjiri dengan beratus sebab. Hang Vimana mula berasa khuatir… dan melelapkan matanya…
Selang sejam kemudian, Hang Vimana terkejut beruk dari tidurnya oleh sesuatu panggilan.
“Abang Vimana! Abang Vimana!”
Tanpa berlengah, Hang Vimana terus melonjak gembira dari kedudukannya, dan menjawab panggilan tersebut
“Dik Skodeng!”
Adik Skodeng. Nama timangan kekasih rahsianya, Tempayan Binti Bawang Goreng. Orang yang telah dinanti-nantikannya hampir sepetang, jelang semalam.
“Kakanda yang dikasihi, ampunkanlah adinda yang lewat minum dakwat ini.” titah Adik Skodeng dengan semata penuh air, sehati penuh seksa.
“Janganlah adik bimbang, sewaktu menantikan adinda, abang telah lelap and bermimpikan wajah adinda yang jelita bagaikan bulan purnama. Tidaklah sedikit pun menyusahkan.” Hang Vimana pada zahirnya cuba bersenyum kambing, tapi keletihannya yang mendalam telah mengkhianati niat murninya…
“Oh kakanda oh oh. Tidak usahlah mengambil hati adinda. Adinda lewat, adalah kerana terserempak dengan Pak Busu yang menggatal itu. Adinda terpaksa bersorok di belakang tong sampah besar sehingga Pak Busu lenyap” [uwehhhh uwehhhh]
“Wahai adinda sayang, janganlah menangis. Jika berat, kita tindih. Jika panjang, kita lilit. Apakah yang boleh abang buat melainkan curahan lebih kasih kepada dinda? Que sera sera, my dinda…”
“Oh kakanda…” Adik Skodeng terus mendakapi Abang Vimana-nya, kemudian saling memandang, dan seterusnya berkucup-kucup. Tangan Hang Vimana kemudiannya menyelongkar ke bawah sarung Adik Skodengnya. Ia adalah detik yang dinanti-nantikannya.
“Oh Abang Vimana oh oh [squeeeeaaaalll]”
Dada Adik Skodeng kemudiannya dijolok oleh Hang Vimana dengan rakusnya and seterusnya kedua kekasih tersebut terus bercantum jadi satu. Pada kemuncak sesi pergustian di antara mereka, Hang Vimana memanjat ke belakang Adik Skodengnya dan terus menghempap kekasihnya dari belakang, bagaikan seekor arnab yang tidak pernah bersetubuh.
“Ya!!! Oh Yaaa!!! Yaaa!!!!”
Panggilan berahi dik skodeng berkumandang merentangi kawasan rimba, menyelami segala panggilan cengkerik yang riuh rendah. Pertemuan mereka seakan-akan telah hanyut di alam mereka sendiri. Alam yang penuh dengan asmara. Penuh dengan nafsu. Hang Vimana terus menghempap cipap kekasihnya, hinggalah dia mencapai orgasma, diakhiri dengan raungan yang kuat bagaikan seekor singa yang telah puas makan.
Tapi tidaklah disangka singa tersebut bahawa kehadiran mereka, bukanlah hanya berdua. Di sebalik semak berdekatan, tersembunyi suami Adik Skodeng - Johan Rambai (seorang yang lumpuh separuh mukanya) dengan sekumpulan rakan-rakannya dari kampung berdekatan. Mereka telah mengekori Adik Skodeng - yang pada awalnya telah disyaki berlaku curang terhadap suaminya. Sekarang mereka telah ditangkap basah, dan Johan terus melonjak keluar dari semak dan menjerit dengan bengis:
“CISSSSS WOOWEHHH WEHHH WOOO WEEHHHHH WEHHHHH!!! WEEHHH WEHHH WOOO WEHHH WEHHH!!!” [Percakapan si Johan ni agak cacat sikit, memandangkan keadaan mukanya yang serba sepastik ini...]
translasi teriakan Johan: “CISSSS BEDEBAH SI PUKIMAK HANGPA NI!!! BERANI ENGKAU BERLAKU CURANG TERHADAP AKU!!!”
Rakan-rakan Johan terus menangkap kedua-dua kekasih yang masih separuh bogel itu dan menjatuhkan mereka hukuman bunuh. Hang Vimana terus meringking macam seekor ayam yang bakal disembelih sebaik sahaja dia terdengar akan nasibnya. Adik Skodeng pula hanya tahu menangis tanpa berkata apa-apa.
Johan, dengan perasaan yang penuh kemarahan itu, terus menghunus kerisnya ke dada Hang Vimana, mati dibunuhnya. Kemudian dia berpaling ke isterinya dengan penuh emosi dan mengerat lehernya dengan keris yang masih berlumuran darah Hang Vimana. Adik Skodeng tidaklah mati serta-merta macam kekasih haramnya, tetapi kesesakan nafas, hampir mati. Darahnya mengalir derus ke bawah teteknya, dan dengan pandangan yang penuh dengan kebencian, dia sempat berkata kepada suaminya yang tidak berperikemanusiaan itu
“Adik bersumpah ke atas abang sepastik ini, yang cuba menceraikan cinta adinda yang tulus ini dengan Abang Vimana… yang kampung abang sepastik akan menjadi padang jarak padang terkukur untuk seratus generasi yang akan datang…”
Itulah sumpahan terakhir Adik Skodeng.
Maklumlah, sumpah si Adik Skodeng itu tidak menjadi sehingga lima puluh tahun kemudian, apabila kampung Johan Rambai diredah pemodenan dan menjadi sebuah padang bola sepak. Sama ada kampung Johan terjadi ‘padang’ secara kebetulan ataupun kesan daripada sumpah Adik Skodeng, tidaklah sesiapa tahu… Akan tetapi, apa yang dikatakan orang tua-tua kampung Johan, adalah bahawa Adik Skodeng itu telah menjadi pontianak, dan kerap kala menyerang kandang lembu yang berdekatan…
*****
I never got good marks for my karangan before… especially when it involves that ancient Bahasa Klasik. I just couldn’t get the gist of it, no matter how hard I try… That’s why I used to dread of writing in Bahasa Klasik. But now that I’m free of those belenggu cikgu-cikgu kotek and anal-retentive shitfucks, I can now write whatever/however I want without having to worry about poor marks.
This article is dedicated to all the BeeEm teachers that have taught me before… Nah!





