March 22, 2011

Siapa itu ‘Datuk T’?

Identiti kepada nama yang penuh misteri ini akan terbongkar di MichaelOoi.net…

Nama samar: ‘Datuk T’

Nama sebenar: Laurence Tureaud

Umur: Tak boleh cakap

Tinggi: Kira-kira enam kaki

Berat: Kira-kira seratus botol air oren Mirinda satu liter

Tanam chachar: Tidak pernah

Pekerjaan: Bekas peninju profesional. Sekarang menganggur.

Hobi: Menumbuk anjing, mengumpul barang kemas tiruan, tangkap video lucah orang lain.

Pasukan bola sepak yg paling gemar: Blackburn Rovers

Pelakon wanita yg paling gemar: Papillon Soo Soo, Maria Ozawa, Akira Fubuki, Anna Ohura, Azumi Kawashima, dll.

Pelakon lelaki yg paling gemar: Christopher Walken, Jason Statham, Dwayne Johnson, Aaron Kwok

Makanan yg paling gemar: ‘too boh sui’, koay teow goreng tak mau taugeh, mee segera perisa asam laksa berjenama Cintan.

Minuman yg paling gemar: 932

Pencapaian yang paling cemerlang: Mengalahkan juara dunia Rocky Balboa pada tahun 1982, dan menerima anugerah Darjah Kepangkatan Yang Teramat Tinggi Sekali (DKYTTS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Sulu untuk pencapaian ini.

Benda yg paling tidak suka: orang tengok rambut dia, jam tangan berjenama Omega kerana ia mengingatkan dia tentang seekor robot yang hodoh dalam rancangan Transformers.

michaelooi  | nonsense  | 

2 Comments to “Siapa itu ‘Datuk T’?”

  1. ahsiang says:

    “T”AK BOLEH?

  2. Yvonne says:

    LOL!

    Mr. T deserves the Datukship!

The commenting function has been closed.